Rapid KL mohon maaf kejadian pintu LRT terbuka ketika bergerak

0
2

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi Rapid KL memohon maaf kepada orang ramai berkenaan pintu Transit Aliran (LRT) yang terbuka ketika tren itu sedang beroperasi.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil serius insiden yang berlaku dan melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Insiden melibatkan LRT Aliran Kelana Jaya ketika tren itu berlepas daripada Stesen LRT Ara Damansara menuju Stesen LRT Lembah Subang telah dikenalpasti secepat mungkin.

“Pusat Kawalan Operasi turut menghentikan perkhidmatan tren itu dalam masa kurang daripada dua minit dan menghantarnya ke depot untuk pemeriksaan segera,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, semasa kejadian hanya tujuh penumpang berada di dalam tren dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Rapid KL juga akan melaksanakan pelan mitigasi bersesuaian bagi mengelakkan perkara tidak diingini pada masa akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here