Masih 207 kes, dua hari Malaysia cipta sejarah kes kematian paling tinggi

0
2
Skuad Jenazah covid-19 mengangkat jenazah covid-19 ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

MALAYSIA dua hari berturut-turut mencatatkan 207 kematian akibat Covid-19, dan masih kekal sebagai yang paling tinggi pernah direkodkan semenjak virus berkenaan melanda negara.

Sebanyak 1,023 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini, juga adalah yang paling tinggi dicatatkan setakat ini.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah 8,408.

Sementara itu, sebanyak 11,526 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 865,439.

Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 terus meningkat dengan 16,117 kes menjadikan keseluruhan kes kini 1,044,071 kes.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 170,224 di seluruh negara dan berdasarkan kes baharu yang dicatatkan hari ini, 16,091 adalah kes tempatan manakala 26 lagi kes import.

Sementara, 445 kes adalah yang memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here