‘Tak steady bro’, Najib sindir ketiadaan Muhyiddin pada sesi petang Dewan Rakyat

0
2
Pix via Malaysiapost

“TAK steady, bro,” sindir bekas Perrdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Najib menyindir Perdana Menteri kerana tidak berada dalam Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sesi sebelah petang, semalam.

“PM8 hilang diri semasa sesi soal jawab walaupun dia yang beri penerangan ini. Dia beri penerangan tapi dia tak beri peluang untuk disoal pulak. Tak ‘steady’, bro,” tulis Najib di Facebooknya.

Lebih sinis, Najib turut menyindir Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang pelik kerana tidak pula mengecam tindakan Muhyiddin itu.

“Tapi pelik jugak kenapa takde JKOM yang kecam PM8 membisu sahaja. Hanya lantang bersuara semasa perutusan khas tapi senyap dalam parlimen,” katanya yang mendakwa ketiadaan Muhyiddin pada sesi sebelah petang itu adalah antara tiga isu hangat yang berlaku di Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu, sebelum Sidang Khas Parlimen berhenti rehat tengahari, Muhyiddin telah membentangkan PPN di Dewan Rakyat

Mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu kononnya beliau hanya membisu ketika hari pertama Sidang Khas Parlimen semalam, Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan ada jawapannya sendiri.

“Naratif JKOM hari ini ialah Najib lantang dalam FB (Facebook) tapi senyap je dalam Parlimen sebab Najib tak melompat-lompat di sana hari ini.

“Tapi masa PH, adakah Najib melompat-lompat dalam parlimen? Masa perbahasan bajet 2021 pada Disember lalu, adakah Najib melompat-lompat?

“Tidak. Sebab saya bukan Jelutong (Rayes) atau Lid (Khalid Abdul Samad).
Saya jarang celah dan saya tidak angkat buku peraturan mesyuarat. Saya ada cara saya dan saya manfaatkan sepenuhnya giliran saya untuk mengucap dalam parlimen,” katanya.

Selain itu, bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa dua perkara lain yang tercetus pada hari pertama Sidang Khas Parlimen itu telah menyebabkan tiada sebarang cara penyelesaian atau penambahbaikan dalam memerangi pandemi Covid-19 dapat dibahaskan.

“Sebenarnya, hari ini cuma ada 3 isu utama dalam parlimen sahaja – tanpa sebarang cara penyelesaian atau penambahbaikan bantuan atau cara melawan Covid.

“Pertama, kerajaan gagal. Ini sudah pasti sebab jika tak gagal, Umno tak umum tarik sokongan pada PM.

“Kedua, Ordinan Darurat sudah tiba-tiba batal pada 21 Julai supaya tiada undi dalam parlimen. Ini pun sudah diketahui sebab kita dah lama kata sesi parlimen kali ini cuma taklimat,” katanya.

Najib juga berjanji bahawa dirinya akan berbahas di Parlimen berbeza berbanding gaya perbahasan para Ahli Parlimen yang lain.

“Tunggu giliran saya beraksi hari Rabu nanti. Saya jamin ianya akan lain dari yang lain,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here