Adham Baba bentang isu kesihatan awam di Dewan Rakyat hari ini

0
1
adham baba

[PARLIMEN] ISU kesihatan awam dan tindakan menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara menjadi agenda utama pada hari kedua Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, disusuli sesi Ahli-ahli Parlimen mengemukakan persoalan penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri berkenaan.

Antara topik yang dijangka bakal diketengahkan termasuk langkah mitigasi menangani peningkatan kes, penambahan kapasiti di fasiliti kesihatan awam seluruh negara dan kebajikan petugas kesihatan.

Pastinya isu pegawai perubatan berstatus kontrak dan mogok yang dilakukan mereka semalam akan menjadi perbincangan hangat di Dewan Rakyat hari ini.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, bermula semalam sehingga 29 Julai dan 2 Ogos.

Semua 220 Ahli Parlimen termasuk yang belum divaksin dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan perlu menjalani ujian saringan Covid-19 serta memakai pelitup muka. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Adham Baba

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here