31 premis lagi diarah tutup gagal patuh SOP

0
2
grafik

SEBANYAK 31 premis diarahkan tutup dalam Operasi Pematuhan yang dijalankan ke atas kilang dan premis perniagaan, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata premis yang diarahkan tutup semalam termasuk empat kilang dan 27 premis perniagaan kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 74,561 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,894 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,819 buah kilang, 13,797 premis perniagaan, 702 tapak pembinaan dan 198 buah asrama penempatan pekerja.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 31 premis meliputi kilang (4) dan premis perniagaan (27) diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here