Abang Fedtri Yahya meninggal dunia kerana Covid-19

0
1

ABANG kepada pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya meninggal dunia hari ini selepas 10 hari bertarung dengan Covid-19.

Ahmad Fedtri menerusi Instagramnya memaklumkan, abangnya, Zahari Othman, 51, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Ahmad Fedtri berkata, isteri dan dua anak mereka turut disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani rawatan.

“Ini hari ke-10 arwah abang saya bertarung nyawa dengan Covid-19. Namun, Allah lebih menyayanginya.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, Ahmad Fedtri berkata, abangnya itu banyak membantu dirinya ketika mula bekerja di TV3.

“Selepas pemergian ibu ke Rahmatullah, sudah tiga adik-beradik termasuk arwah abang meninggal dunia. Saya ada 10 beradik…. Tinggal tujuh orang sekarang,” katanya.

Ahmad Fedtri berkata, arwah abangnya meninggalkan balu dan dua anak.

“Lebih menyedihkan, mereka juga disahkan positif Covid-19 dan melakukan kuarantin kendiri di rumah,” katanya.

Ahmad Fedtri berkata, proses pengebumian jenazah masih belum diputuskan.

“Dengan kes harian naik mendadak dan prosedur tertentu perlu dipatuhi dalam menguruskan kematian pesakit Covid-19, proses pengebumian arwah belum dapat disahkan.

“Saya harap semua urusan dapat dipercepat dan dipermudahkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here