Pembangkang pertikai Muhyiddin tiada sesi gulung perbahasan

0
2

[Parlimen] BEBERAPA Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan ketidakhadiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menggulung perbahasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen pembangkang juga mempersoalkan tindakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menjawab bagi pihak Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu amat memalukan kerana belum pernah berlaku dalam sejarah perjalanan Parlimen.

“Sepatutnya Perdana Menteri jawab kerana ini isu penting, ini amat memalukan,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pula berkata, Timbalan Perdana Menteri boleh menjawab bagi pihak Perdana Menteri.

“Mana pergi Perdana Menteri, kalau tiada PM (Perdana Menteri), Timbalan Perdana Menteri boleh jawab,” soalnya.

Namun begitu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kemudiannya meminta Tengku Zafrul meneruskan penggulungan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here