Teriakan ‘pintu belakang’, ‘kabur’ kedengaran ketika Azmin berhujah

0
1

Najamuddin Mohd Nor

[Parlimen] AHLI Parlimen Pembangkang menyerang habis-habisan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada sesi petang Dewan Rakyat.

Suasana Dewan Rakyat menjadi gamat ketika Azmin tampil membantu Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkenaaan kluster kilang menjadi punca penularan kes positif Covid-19 di Selangor.

Mohamed Azmin tampil dengan palakad infografik berkaitan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa penularan Covid-19 adalah berpunca melalui cara sporadik.

Susulan, itu beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangkit dan membidas hujah Mohamed Azmin.

Kedengaran beberapa perkataan sinis daripada blok pembangkang ketika Mohamed Azmin mempertahankan sektor perkilangan bukan punca utama penularan pandemik.

“Pintu depan buka, pintu belakang buka,” kata Khalid.

“Kaburlah tak nampak, kaburlah, gambar kabur,” kata Ahli Parlimen Shamsul Iskandar.

Keadaan Dewan Rakyat terus menjadi gamat dan perang mulut berlaku antara blok pembangkang dan kerajaan sehingga beberapa perkataan jelik boleh kedengaran.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin sempat membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya masih menaruh impian untuk menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, keadaan Dewan Rakyat menjadi tenang semula apabila Speaker dapat mengawal dan mengarahkan semua Ahli Parlimen untuk diam dan mendengar penjelasan seterusnya oleh Tengku Zafrul. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here