‘Ini bukan SPM, tempoh berusaha sudah tamat’ – Najib bidas PM

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara sinis berkata, tempoh untuk kerajaan berusaha sudah tamat kerana ia bukan seperti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat pagi tadi yang mendakwa kerajaan sedang berusaha “sedaya mungkin” untuk mengatasi kemelut Covid-19.

Najib berkata, tidak ada guna berusaha sekiranya setiap kali kerajaan berdepan kegagalan untuk menguruskan negara dalam menghadapi krisis kesihatan susulan penularan Covid-19.

“Masa untuk “berusaha” dan “berusaha” sudah tamat. Apa gunanya berulang kali berusaha tetapi berulang kali gagal?

“Ini bukan peperiksaan SPM yang kamu boleh ulang-ulang tanpa had,” katanya dalam hantaran Facebook.

Menurut Najib, rakyat ketika ini sangat mengharapkan pencapaian kerajaan dan tidak mahu lagi menyaksikan kegagalan berkali-kali kerajaan.

“Rakyat tuntut pencapaian. Bukan nak saksikan berkali-kali usaha yang gagal.

“Jawab ini sahaja. Kenapa negara lain buat lockdown, kes mereka turun tapi kita semakin lama dan semakin kerap kita lockdown, semakin parah keadaan Covid?,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin ketika Sidang Khas Dewan Rakyat pagi tadi berkata, kerajaan tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, malah sentiasa bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

Beliau bberkata, walaupun kerajaan tidak sempurna, pihaknya faham bahawa rakyat dalam keadaan resah dan bimbang apabila angka kes harian Covid-19 meningkat.

Justeru, pihaknya sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengatasi kemelut yang dihadapi ini dengan mempercepatkan program vaksinasi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here