
SEBANYAK 17,317,553 dos suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) diberikan sehingga semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi Twitter berkata, sehingga jam 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,519,845 atau 16.9 peratus.
“Sementara itu, 36.1 peratus atau 11,797,708 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya.
Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata, 399,135 dos diberikan semalam, merangkumi 281,481 individu menerima suntikan pertama dan 117,654 penerima dos kedua. – Malaysiapost
