Amanah sedia talian hotline jika doktor kontrak kena tindakan

0
3
Logo parti amanah

BIRO Undang-Undang Parti Amanah Negara (Kanun) membidas sebarang bentuk intimidasi termasuk amaran dan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beberapa orang doktor yang dilihat menyokong gerakan #HartalDoktorKontrak ini.

Tindakan itu tidak selari dengan kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kata Naib Pengerusi Kanun, Fadhli Umar Aminolhuda.

Ini kerana, demonstrasi bertujuan meluahkan kekecewaan doktor-doktor muda yang hanya diberikan pekerjaan oleh kerajaan secara kontrak, sekali gus dinafikan pelbagai elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh doktor tetap walaupun tanggunjawab kerja 100 peratus sama.

Berikutan itu, Kanun menyediakan talian hotline di talian 010-4587548 kepada mana-mana doktor atau pekerja kesihatan yang dikenakan sebarang tindakan intimidasi atas sebarang penglibatan dalam gerakan ini.

” KANUN mengingatkan Kerajaan Perikatan Nasional dengan kata-kata Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Hishamuddin Yunos dalam Penghakimannya dalam kes Muhammad Hilman Bin Idham & Ors v Kerajaan Malaysia & Ors [2011] 6 MLJ 507:

“Freedom of expression is one of the most fundamental rights that individuals enjoy. It is fundamental to the existence of democracy and the respect of human dignity,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here