Unit Integriti KKM ingatkan tidak sertai perhimpunan haram

0
3

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan tentang larangan pembabitan pegawai awam dalam sebarang perhimpunan haram bagi mengelak dikenakan tindakan tatatertib.

Peringatan itu dibuat oleh Unit Integriti KKM yang berkongsi surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengenai larangan berkenaan.

Berdasarkan perkongsian itu, bentuk penyertaan perhimpunan haram yang dimaksudkan adalah penglibatan aktif diluar masa bekerja, menggunakan waktu bekerja untuk melihat dan menyertai perhimpunan, selain menggunakan peralatan pejabat untuk mencetak serta mengedar risalah berkaitan perhimpunan haram.

Perbuatan itu adalah mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib 1993) iaitu Peraturan 4(1) P.U. (A) 395/1993, seseorang pegawai awam hendaklah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan, serta Peraturan 4(2)(a), (b) dan (c) iaitu tidak boleh membelakangkan tugas awam.

Kumpulan pegawai perubatan lantikan kontrak dijangka akan mengadakan mogok atau hartal esok susulan rasa tidak puas hati dengan cara pengendalian isu doktor kontrak ketika ini.

Mogok itu difahamkan akan tetap diteruskan walaupun Kerajaan sudah bersetuju menawarkan pelanjutan kontrak untuk tempoh dua tahun lagi selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

keputusan lanjut mengenai vaksinasi kumpulan terbabit akan diumumkan nanti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here