Kes varian Delta pertama dikesan di Kelantan

0
2
Petugas membawa alatan saringan Covid-19 di pekarangan Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

VARIAN Delta Covid-19 kini dikesan di Kelantan membabitkan jangkitan terhadap seorang wanita di Pasir Puteh pada 23 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin, berkata wanita berkenaan sebelum ini dilaporkan turut sudah dijangkiti Covid-19.

“Apa yang berlaku ke atas wanita berkenaan disifatkan sebagai jangkitan semula dan dikesan sebagai kes sporadik,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Menurutnya, kadar jangkitan varian Delta yang cepat merebak itu tidak boleh diambil mudah oleh penduduk di negeri berkenaan.

Dr Izani menasihatkan orang ramai supaya terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan kekal melakukan kuarantin kendiri dengan tidak keluar rumah tanpa tujuan yang munasabah.

“Varian ini sudah mengalami mutasi dan kesannya sangat bahaya kerana boleh menyebabkan risiko kematian yang tinggi jika terkena pada seseorang individu,” katanya.

Kelantan merekodkan 266 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menjadikan keseluruhan 39,673 kes dikesan di negeri terbabit setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here