SEBANYAK 417,738 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 16,904,896 dos.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi hantaran di laman Twitter, berkata jumlah penerima dos pertama ialah 284,672 individu dan seramai 133,066 individu telah terima dos kedua semalam.
Secara keseluruhan, 11,507,070 telah menerima dos pertama manakala 5,397826 individu telah melengkapkan dos kedua.
Lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 113,081 orang, disusuli Kuala Lumpur (72,123), Sarawak (45,111), Negeri Sembilan (18,067) dan Johor (30,955). – Malaysiapost

