Dakwa PN cuba jalin kerjasama dengan DAP, PKR

0
2
KUALA LUMPUR 19 NOVEMBER 2015. Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii pada sidang selepas Mesyuarat Pemuda UMNO Wilayah di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh. NSTP/Abdullah Yusof

AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii mendakwa Perikatan Nasional (PN) cuba mewujudkan jajaran baharu dengan DAP dan PKR.

Mohd Razlan berkata keadaan itu hanya akan mengakibatkan rakyat terus dijadikan ‘kambing hitam’ dalam menentukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus kekal berkuasa.

Menurutnya masyarakat boleh menilai setiap tindakan Perdana Menteri yang hanya ingin terus mendapat sokongan dari Ahli Parlimen.

“Ahli parlimen menjadi barangan jual beli, baik DAP, PKR dan Amanah, mereka hari ini terus disapa oleh Perdana Menteri demi kekal kuasa.

“Pengkhianatan kepada rakyat terus berlaku, sedang masa ini rakyat amat memerlukan pemerintahan yang boleh digantung harap,” katanya.

Beliau berkata, ahli parlimen terbabit sudah tidak peduli lagi dengan nasib rakyat dan hanya mementingkan diri serta kuasa tanpa melihat kepada kegagalan Perdana Menteri.

“Itulah nilai ahli parlimen hari ini!” tegasnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here