Ahmad Zahid, dua lagi ahli parlimen positif Covid-19

0
2
Bangunan Parlimen Malaysia

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk antara tiga ahli parlimen disahkan positif Covid-19.

Dua lagi disahkan dijangkiti virus berkenaan adalah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Sumber dalaman Umno yang mengesahkan keputusan positif Covid-19 membabitkan Ahmad Zahid mendakwa ujian awal saringan menunjukkannya negatif.

“Beliau disaring Jumaat lalu, negatif. Tiba-tiba positif, macam ada konspirasi untuk menghalangnya masuk parlimen,” katanya.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan sejumlah 35 individu dalam kalangan ahli Parlimen serta pegawai mereka disahkan positif Covid-19.

Memetik sumber, portal itu melaporkan terdapat ahli Parlimen mempunyai kontrak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.

Turut terlibat ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kerana pegawai pengiringnya positif.

Persidangan khas Parlimen dijangka bersidang selama lima hari bermula 26 Julai ini hingga 29 Julai dan 2 Ogos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here