Pelajar ingin ke luar negara boleh mohon vaksinasi awal

0
2
Vaksin AstraZaneca di PWTC.

PELAJAR yang bakal menyambung pengajian ke luar negara dan ingin memohon vaksinasi awal, kini boleh melakukannya melalui ciri Helpdesk di aplikasi MySejahtera.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), melalui hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, bagi pelajar yang sudah memohon melalui [email protected] sebelum ini, ia juga sah dan akan disemak.

JKJAV turut berkongsi panduan bagi permohonan vaksinasi awal melalui MySejahtera untuk pelajar yang akan keluar negara berkenaan.

Apa yang perlu dilakukan pelajar terbabit adalah masuk ke akaun MySejahtera dan kemudian pilih ikon Helpdesk serta seterusnya memilih Mula.

Pelajar perlu memilih Janji Temu Vaksinasi dan pilih A – Saya adalah pelajar dan perlu ke luar negara untuk pengajian.

Kemudian pelajar perlu mengisi maklumat dan hantarkan bersama dokumen iaitu, MySejahtera ID, Nombor Kad Pengenalan/Pasport serta pilih dan hantar dokumen berkaitan.

JKJAV turut mengingatkan pelajar supaya memastikan maklumat dimasukkan adalah betul semasa menghantar permohonan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here