Pesakit bukan kecemasan diminta tidak ke Hospital Putrajaya

0
2
Tan Sri Dr Noor Hisham, Ministry of Health make at visit to emergency Putrajaya Hospital during the program of Bersama Petugas Menyambut 1 Syawal. ( MAY 13, 2021 ). — ART CHEN/The Star

.

PESAKIT bukan kecemasan diminta tidak ke Hospital Putrajaya, sebaliknya mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan berhampiran bagi mengelak kesesakan luar kawalan di hospital berkenaan.

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said, berkata hospital berkenaan kini memberi tumpuan penuh kepada kemasukan pesakit Covid-19 yang sangat tinggi dan kes-kes kritikal lain.

Menurutnya, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya bagaimanapun tidak ditutup dan masih beroperasi tidak seperti dakwaan yang tular di media sosial.

“Hospital Putrajaya ingin merujuk kepada mesej tular di media sosial mengenai dakwaan Jabatan Kecemasan dan Trauma yang tidak menerima pesakit kerana ditutup.

“Mesej turut memaparkan gambar katil tambahan di ruangan berdekatan Jabatan Kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jabatan berkenaan bagaimanapun sedang memberi tumpuan kepada kes Covid-19 dan kes kritikal lain, manakala tambahan katil dan ruangan rawatan tambahan adalah bagi menampung keperluan tersebut.

“Susulan itu, bagi mengekang penularan wabak dan mengelak kesesakan luar kawalan, pesakit bukan kecemasan dipohon mendapatkan rawatan di klinik-klinik berhampiran terlebih dahulu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here