Agong zahir ucapan takziah pada keluarga Misbun

0
2

YANG di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datin Latifah Sidek, isteri legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang telah kembali ke rahmatullah semalam.

Istana Negara dalam kenyataan berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah.

Baginda berdua juga menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” kata Istana Negara menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Allahyarhamah mendirikan rumah tangga bersama Misbun pada tahun 1987 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita dan Misbun Awalauddin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here