Vaksin yang paling bagus adalah vaksin paling awal ditawarkan – KKM

0
2

VAKSIN Sinovac mampu mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 hingga 65.9 peratus, manakala Pfizer pula sehingga 64 peratus.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkongsi infografik daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mengenai data berkenaan.

Data bersumberkan laporan ‘New England Journal of Medicine’ pada 7 Julai lalu itu, turut menyatakan vaksin Pfizer mampu mengurangkan kemasukan pesakit wabak berkenaan ke hospital sehingga 93 peratus berbanding Sinovac sehingga 87.5 peratus.

Pengurangan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 93 peratus bagi Pfizer, manakala Sinovac adalah 90.3 peratus.

Bagi kes kematian pula vaksin Sinovac dapat mencegah kematian sehingga 86.3 peratus dan Pfizer tiada data mengenainya.

Bagaimanapun tiada data mengenai keberkesanan vaksin Astra Zeneca disertakan dalam perkongsian terbabit.

KKM dalam hantaran itu mengingatkan masyarakat berhubung pentingnya pengambilan vaksin bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

“Semua vaksin yang diluluskan untuk penggunaan di Malaysia adalah selamat dan berkesan.

“Vaksin yang paling bagus adalah vaksin paling awal yang ditawarkan kepada anda.

“Pengambilan vaksin untuk melindungi komuniti daripada penyakit Covid-19 yang teruk adalah prioriti sekarang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here