Hisham minta Ketua Perwakilan Malaysia promosi kejayaan PICK

0
3

DATUK Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengingatkan 19 Ketua Perwakilan Malaysia yang baharu di 19 negara supaya memainkan peranan tambahan menjelaskan kepada kerajaan negara-negara terbabit tentang Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Luar Negeri itu juga meminta mereka mempromosikan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini serta fokus kerajaan terhadap Greater Klang Valley Task Force bagi menangani penularan khususnya di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Ia penting bagi membolehkan Malaysia dan rakan-rakan negara sentiasa saling bertukar pandangan tentang kaedah terbaik dalam memerangi wabak ini.

“Saya doakan semoga semua dapat menjalankan tugas sebaiknya seterusnya memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di serata dunia – all the best everyone,” tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya.

Hishammuddin berkata beliau telah bekerja bersama semua 19 Ketua Perwakilan Malaysia itu lebih setahun di Wisma Putra dan mengakui masing-masing layak menggalas tanggungjawab tersebut.

“Namun saya ingatkan, yang melantik mereka bukan Menteri Luar tetapi Yang di-Pertuan Agong. Ia satu amanah besar.

“Titah utama Baginda agar setiap Ketua Perwakilan memelihara nama baik Malaysia, memperkukuh hubungan diplomatik serta memastikan kesejahteraan rakyat Baginda di seluruh dunia mesti dijunjung sepenuh hati,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here