15,573 kes hari ini, tertinggi sejak wabak melanda

0
4
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

REKOD baharu sekali lagi tercipta apabila kes harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi hari ini iaitu 15,573 kes, paling tinggi sejak wabak itu melanda.

Berdasarkan trend jangkitan harian sejak beberapa hari lalu, kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia ketika ini iaitu 980,491 kes, dijangka mencecah angka sejuta dalam dua hari lagi.

Sebelum ini kes tertinggi pernah direkodkan di Malaysia ialah 13,215 iaitu pada 15 Julai lalu.

Berdasarkan infografik dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan kes harian tertinggi di negeri itu iaitu 7,672 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,063).

Kedah pula mencatatkan 937 kes, Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452), Perak (415) dan Kelantan (372).

Terengganu pula mencatatkan 229 kes, Putrajaya (41), Labuan (21) serta tiga kes di Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here