Jangan perlakukan tahanan solat berjemaah umpama terlibat jenayah berat

0
3

KERAJAAN diminta tidak memperlakukan mereka yang ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) iaitu solat berjemaah tidak diperlakukan seperti terlibat dalam jenayah berat.

Ketua Dewan Pemuda IKATAN Perak, Mohammad Amirul Saharuddin mempersoalkan adakah kesalahan yang mereka lakukan setaraf dengan jenayah membunuh atau merompak hingga perlu digari.

“Bukan mahu menyalahkan polis kerana mengambil kira prosedur yang ditetapkan, tapi cara begitu akan mengundang persepsi buruk dunia terhadap negara apatah lagi malaysia adalah negara islam.

“Isu begini perlu diambil perhatian terutama menteri agama kerana ini adalah soal agama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad Amirul berkata sejak dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat telah banyak melihat hukuman diterima mereka yang melanggar SOP solat berjemaah tetapi menteri agama masih mendiamkan diri.

“Tidak pasti sama ada terdapat usaha mencadangkan hukuman yang lebih wajar kepada MKN dalam isu ini tapi belum pernah nampak atau terbaca apa-apa cadangan dari pihak menteri agama.

“Ini amat menyedihkan kerana hanya solat berjemaah diperlakukan begitu seperti jenayah berat. Kami ingin menasihatkan kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19 jangan hingga bertindak berat sebelah, lebih lagi dalam soal agama,” katanya.

Kelmarin 49 lelaki dipercayai melanggar SOP dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di luar pekarangan Surau Taman Pelangi di Juru, direman bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek terdiri 48 warga Bangladesh berusia 20 hingga 43 tahun direman empat hari bermula hingga 24 Julai.

Manakala, seorang warga tempatan berusia 64 tahun direman tiga hari hingga hari ini.

Ketika mendapatkan perintah reman di Mahkamah Bukit Mertajam, mereka digari dan dipakaikan baju oren serta berkaki ayam hingga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here