Hampir 70 peratus guru sudah terima satu dos vaksin

0
4
Botol vaksin AstraZaneca di PWTC.

SEBANYAK 67.61 peratus guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, bagi guru kelas peperiksaan khususnya, 85.17 peratus daripada kumpulan guru tersebut telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Bagi kakitangan sekolah pula, 54.52 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan usaha sedang dipergiat bagi meningkat kadar vaksinasi dalam kalangan kakitangan sekolah.

“Syabas dan terima kasih diucapkan kepada seluruh tenaga kerja semua yang terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Radzi berkata, kementeriannya akan terus bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada guru dan kakitangan sokongan sekolah.

“Yakinlah, cahaya semakin terang di hujung terowong. Ayuh! Kita tingkatkan semangat kebersamaan untuk kita menang bersama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here