“KERJA NGO semua ada hitam putih,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Menerusi hantaran di InstaStory, Muhammad Nadir memuatnaik beberapa keping gambar dipercayai sebagai susulan sidang media yang dibuat oleh Ebit Liew semalam.
Salah satu daripada hantaran tersebut Nadir memberitahu bahawa semua urusan berkaitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai hitam putih (bukti rekod) oleh itu tidak wujud sebarang masalah untuk dikongsikan.
“Rilek guys, Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah.
“Cuma sehari dua ni nak kena settle projek (selesaikan projek) yang ni dulu,” katanya dalam hantaran itu.
Dalam entri itu juga Nadir memaparkan gambar seorang lelaki di samping daging tergantung dipercayai sedang melakukan ibadah korban di Gaza, Palestin.
Biarpun tidak dinyatakan tujuan entri tersebut dibuat, namun ianya seolah-olah bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh pendakwah bebas Ebit Lew.
Ebit menerusi sidang media yang disiarkan secara langsung semalam memaklumkan meminta Nadir mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.
“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?
“Saya yakin dengan NGO di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya. – Malaysiapost

