Konflik Ebit Lew-Caprice, Neelofa minta jangan heret ibunya

0
3
Neelofa

“IBU saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz. Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas,” tulis pelakon dan pengacara Neelofa.

Neelofa berkata demikian menerusi ruangan komen dalam sesi Live sidang media pendakwah bebas, Ebit Lew menerusi Instagram hari ini.

Sidang media itu untuk menjawab segala persoalan dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya ketika misi kemanusian di Gaza.

Dalam komen berkenaan, Neelofa meminta agar tidak mengaitkan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed dalam konflik yang membabitkan Ebit dan penyanyi rap yang juga aktivis, Caprice.

“Saya akan hubungi Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tidak terlibat,” tulis Neelofa.

Dalam sidang media berkenaan, Ebit menjelaskan mengenai dakwaan Caprice yang menyatakan beliau telah mencuri dokumen yang sepatutnya digunakan untuk membenarkan dirinya, Caprice, Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Harris masuk ke Gaza.

“Saya tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan semua orang ini untuk pergi ke Gaza. Dia kata mak Neelofa yang beritahu dia hal itu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here