Bekas menteri didakwa di mahkamah esok

0
2
Mahkamah Kuala Lumpur

SEORANG bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur esok berhubung penyelewengan dana lebih RM1 juta wang peruntukan sebuah parti politik.

Menurut sumber ahli parlimen berkenaan dijangka berhadapan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang dianggarkan berjumlah RM1.12 juta membabitkan wang milik parti politik yang mana beliau adalah ketua pemuda parti berkenaan pada waktu itu.

Beliau juga dijangka berdepan pendakwaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dalam masa terdekat.

Siasatan ke atas ahli parlimen itu dijalankan sejak Jun 2020 susulan aduan kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya itu adalah milik beliau dan ibu bapanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here