420 individu ditahan ingkar SOP

0
2
Lebuhraya Persekituan kelihatan sesak disebabkan anggota-anggota PDRM memeriksa dokumen kebenaran daerah atau negeri pemandu kenderaan pada sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan menghala ke pusat bandar ketika tinjauan hari ini. Kerajaan memutuskan untuk meletakkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah PKP bermula 7 hingga 20 Mei depan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan sejak 1 hingga 27 April lepas dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.

SERAMAI 420 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 332 individu dikompaun, 82 direman manakala enam individu telah dijamin.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan 68,921 pemeriksaan semalam.

“Ia melibatkan 3,989 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18,351 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, menerusi Op Benteng semalam, berjaya menangkap lima Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas sebuah kenderaan darat.

“Selain itu, seramai 15 PATI dan empat bot/kapal turut dikesan berada di perairan negara menerusi enam akitiviti penglihatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here