PKPD di Seremban tamat esok

0
2
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

KERAJAAN memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di seluruh daerah di Seremban Negeri Sembilan bermula esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, berkata selain itu PKPD di Kuarters Pekerja Malaysia China Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan turut ditamatkan esok.

“PKPD turut ditamatkan di dua Taman Perumahan di Kota Bharu, Kelantan iaitu Taman Kurnia Jaya Taman Pinggiran Golf,” katanya.

PKPD turut ditamatkan di beberapa lokaliti di Sabah termasuk Kampung Sungai Imam, Tawau dan dua Perkampungan di Putatan, membabitkan Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat.

Selain, Kampung Balibata, Beaufort dan Kampung Pintasan, Kota Belud. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here