Najib buat kunjungan hormat kepada TPM

0
2

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pertemuan kedua-dua pemimpin Umno itu berlangsung di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Difahamkan, pertemuan antara Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno bersama Ahli Parlimen Pekan itu antara lain membincangkan isu-isu semasa khususnya berkaitan perkembangan wabak Covid-19.

Pada 7 Julai lalu, Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here