PKPD 4 lokaliti di Pahang dan Sabah

0
1
grafik

KERAJAAN hari ini mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di empat lokaliti berbeza di Pahang dan Sabah bermula Jumaat ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, berkata pelaksanaan PKPD di empat lokaliti tersebut berdasarkan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan Kementerian Kesiahatan Malasyaia (KKM)bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti terbabit.

“Tiga lokaliti di Pahang membabitkan Felda Jengka 12, Jerantut, Kampung Belangkap, Rompin dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub.

“Sementara satu lokaliti di Sabah ialah di Taman Merpati, Sandakan. PKPD di empat lokaliti ini akan berakhir pada 5 Ogos 2021.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKPD di dua lokaliti di Sabah iaitu di Kampung Istimewa, Batu Sapi dan Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu bermula esok hingga 5 Ogos 2021.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi Covid-19 dilokaliti berkenaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here