Suspek buat ‘live’ maki polis akan direman

0
2

POLIS akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini ke atas lelaki yang ditahan kerana memuatnaik video memaki hamun polis selepas dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata kes disiasat mengikut Seksyen 188, 504, 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau mengesahkan lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, jam 10 malam tadi.

“Ketika ditahan suspek turut membuat rakaman video,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad Fahkrudin berkata, terdahulu suspek dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak di Sri Damansara dan dia yang tidak berpuas hati kemudian membuat provokasi kepada pegawai polis bertugas.

Beliau berkata suspek juga membuat video secara langsung di Facebook mempertikaikan tindakan polis menyebabkan video berdurasi 15 minit 42 saat itu tular di media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here