Tangguh dulu letak Tabung Haji di bawah Bank Negara

0
1

KABINET yang bermesyuarat hari ini diminta membuat keputusan menangguhkan dahulu keputusan minggu lalu untuk meletakkkan Tabung Haji (TH) di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

“Jangan buat keputusan tergesa-gesa, tunggulah hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang baru ditubuhkan minggu lalu,” kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini.

Beliau berkata pandangan itu dikongsikan beliau dengan salah seorang menteri Kabinet dari Umno yang berjanji untuk membangkitkan isu tersebut dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.

Sementara itu, Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebooknya memberikan tujuh rasional mengapa TH tidak wajar diletakkan di bawah BNM:

  1. TH bukannya bank yang menjalankan aktiviti menawarkan pinjaman mahupun insurans/takaful kepada orang ramai.
  2. TH bukannya terdedah kepada risiko kredit yang terkait dengan keberangkalian peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman yang menjadi fokus utama BNM.
  3. TH bukannnya bank yang jaminan ke atas wang-wang pendeposit hanya dijamin sebanyak RM250,000 oleh Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM), sebaliknya di bawah Akta Tabung Haji 1995, setiap sen wang pendeposit dijamin oleh kerajaan tanpa had.
  4. TH bukannya bank yang mana kadar hibah dikawalselia BNM supaya tidak terlalu jauh nilainya agar wujud padang yang sama rata, bagi mengelak pendeposit mudah berpindah dari satu bank ke bank lain. Sebaliknya TH bebas menawarkan hibah berasaskan keuntungan selepas tolak zakat selagi mana tidak melanggar Akta dan dipersetujui Lembaga Pengarah dan diluluskan Ketua Audit Negara.
  5. TH bukannya bank kerana aktiviti utamanya selain menguruskan hal ehwal operasi haji, TH adalah institusi menguruskan dana-dana pendeposit untuk dilaburkan sama ada dalam bentuk jual-beli saham/sekuriti, terlibat dalam aktivisi perkongsian dan perusahaan, ataupun dibenarkan menubuhkan anak syarikat untuk terlibat dalam pelbagai bentuk perniagaan seperti perladangan, hartanah, perhotelan, minyak dan gas.
  6. TH bukan bank yang hanya fokus aktiviti memberi pinjaman, sebaliknya terlibat banyak bentuk perniagaan selaras mandat Akta Tabung Haji yang jelas di luar skop kawalselia dan kepakaran Bank Negara.
  7. TH adalah insitusi seperti syarikat pengurusan dana yang lebih sesuai dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here