Lapan lagi lokaliti diarah jalani PKPD

0
2
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

LAPAN lagi lokaliti diarahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 22 Julai hingga 4 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lokaliti di Kuching, Sarawak membabitkan Kampung Bintawa Hilir dan Kampung Sungai Tapang.

Manakala enam lokaliti di Sabah empat antaranya terletak di Kota Kinabalu telah diarahkan menjalani PKPD iaitu Kilang Papan Lusera Telipok, Kg Mogiding Malawa dan Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan dan Universiti Utama Condominum Fasa 2.

Dua lagi lokaliti ialah Kampung Guruh-Guruh di Sipitang, Kampung Air dan Kampung Bokara di Sandakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here