Waris pilih lokasi kebumi punca tanah perkuburan padat

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia menanam pokok sebagai penanda selepas selesai mengebumikan jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

TINDAKAN waris menetapkan lokasi tertentu untuk pengebumian jenazah ahli keluarga, termasuk mahu berhampiran kubur saudara-mara, dikenal pasti antara punca sesetengah tanah perkuburan di Terengganu mengalami kepadatan.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad, mengesahkan berlaku isu tanah perkuburan semakin padat di beberapa daerah kini.

“Ada dalam kalangan penduduk yang membuat ketetapan untuk mengebumikan jenazah ahli keluarga berhampiran kubur saudara-mara.

“Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati berlaku kepadatan tanah perkuburan di kawasan tepi jalan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Justeru, Mat Azmi menjelaskan, kaedah terbaik bagi menangani isu kepadatan tanah perkuburan ialah pengurusan pengebumian secara sistematik.

Dalam konteks ini, beliau berkata, penduduk disaran supaya menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab berhubung pengurusan jenazah, termasuk lokasi pengebumian, kepada pihak jawatankuasa masjid atau surau.

“Penduduk tidak perlu memilih lokasi, terutama menetapkan kawasan berhampiran tanah perkuburan saudara-mara, untuk mengebumikan jenazah ahli keluarga mereka,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkaata walaupun beberapa perkampungan mengalami masalah kepadatan tanah perkuburan, namun keadaan masih terkawal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here