KPN lawat SJR Lembah Pantai sebelum solat Aidiladha

0
2

KETUA Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani meluangkan masa melawat sekatan jalan raya (SJR) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Bukit Aman, pagi tadi.

Menurut hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Official, beliau tiba di lokasi SJR berkenaan, kira-kira jam 7.30 pagi diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni sebelum dibawa menandatangani buku lawatan.

Dalam lawatan itu, Acyrl Sani meluangkan masa hampir 20 minit untuk meninjau suasana pagi raya di lokasi SJR selain menyampaikan sedikit sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan terdiri daripada anggota PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas.

Sementara itu, Pegawai Bertugas SJR, Inspektor Mohamed Al Tajar Omar, berkata petugas barisan hadapan amat berbesar hati dengan kehadiran pucuk pimpinan PDRM itu bagi meninjau tugasan SJR yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

“Jutaan terima kasih kepada Ketua Polis Negara yang hadir melawat kami di pagi hari raya, ianya memberikan kami lebih dorongan dan semangat untuk terus berkhidmat tanpa berbelah bahagi kepada masyarakat serta negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here