424,936 dos vaksin diberikan semalam

0
2
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat PPV pandu lalu di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.

SEBANYAK 424,936 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan pada semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 14,772,221 dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah penerima dos pertama ialah 10,097,841 individu dan daripada jumlah itu, 4,674,380 individu telah melengkapkan dos kedua.

Berdasarkan data dan infografik yang dikongsinya, seramai 282,106 individu menerima dos pertama dan 142,830 individu lagi menerima dos kedua semalam.

Lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi pada Ahad ialah Selangor dengan 114,556 orang, disusuli Kuala Lumpur (80,357), Sarawak (54,686), Johor (26,852), Pulau Pinang (22,415),” katanya menerusi hantaran di Twitter hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here