27 lokaliti dikenakan PKPD

0
2

SEBANYAK 27 lokaliti di Terengganu, Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 Julai hingga 3 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata di Pahang antara lokaliti terbabit adalah Kampung Bedu, Kampung Temalian dan Kampung Pamah Kulat, Mukim Ulu Dong, Raub; Kampung Kabang dan Kampung Sat Mukim Ulu Jelai, Lipis.

Menurutnya, di Terengganu lokaliti yang terlibat ialah Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2, Mukim Bandi, Kemaman; Kampung Sungai Buaya, Kampung Tanah Lot, Kampung Lembah, Kampung Padang Jambu, Kampung Nibong, Kampung Bukit Chatak Tengah, Kampung Molek, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Udang dan Kampung Sungai Penaga, Kuala Dungun, Dungun.

“Di Sabah pula melibatkan Kampung Marau, Sipitang, Kampung Pituru Kinarut, Papar, Kampung Meruntum, Putatan.

“Empat lokaliti lain dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Jalan Kampung Likas Simpang 3, Api-Api Centre Kota Kinabalu, Taman Ujana Kingfisher Likas dan Kampung Salut, Telipok.

“Kampung Kebawang, Sipitang; Beverly Hills Fasa 2 dan Cybercity Fasa 2, Penampang juga dikenakan PKPD,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here