Ubi Kelantan turun latihan KV Kortrijk

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

PENYERANG berbakat negara, Luqman Hakim Shamsudin mula menjalani latihan bersama skuad senior KV Kortrijk, semalam.

Beberapa keping gambar dan video latihan rasmi Luqman bersama skuad liga utama Belgium itu dimuat naik menerusi akaun media rasmi kelab itu, malam tadi.

Hanya ‘caption’ ringkas memaklumkan latihan pertma pemain berusia 18 tahun itu nyata mendapat perhatian ramai apabila mendapat lebih 11,000 tanda suka dan lebih 200 perkongsian di Facebook.

Berdasarkan gambar, Luqman dilihat tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan baharu yang jauh lebih dewasa.

Setakat ini, belum dinyatakan secara rasmi pemain berasal dari Kelantan berkenaan akan membuat penampilan sulung bersama skuad senior KV Kortrijk.

Perlawanan liga terdekat adalah menentang Royal Excel Mouscron di laman sendiri pada 14 September ini.

Minggu lalu, Luqman meledak gol tunggal skuad B-21 Kortrijk ketika mereka tewas 1-4 kepada KRC Genk.-Malaysiapost