Piala AFF berlangsung bulan puasa?

0
3

SKUAD Harimau Malaya bakal beraksi ketika bulan puasa? Itulah persoalan yang timbul selepas tular kalendar bola sepak Thailand pada tahun hadapan.

Dalam kalendar itu didapati satu tarikh yang berkemungkinan ditetapkan atau dicadangkan untuk kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 itu disambung semula.

Tarikh 11 April hingga 8 Mei 2021 dilihat jelas terpapar dalam kalendar berkenaan dan pada tarikh itu juga sebenarnya adalah permulaan bulan Ramadhan 2021 yang dijangka pada 12 April tahun hadapan.

Namun, setakat ini masih tiada maklumat rasmi mengenai tarikh sebenar kejohanan dwi tahunan itu dan dijangka pengumuman bakal dibuat dalam masa terdekat.

Sebelum ini, pihak AFF memutuskan untuk menunda kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 ke tahun 2021 akibat impak besar dari pandemik Covid-19.

Tarikh asal kejohanan itu sebelum ini adalah dari 23 November hingga 31 Disember menggunakan format timbal balik seperti yang diperkenalkan pada 2018.

Thailand adalah pasukan paling cemerlang dalam pentas Piala Suzuki AFF dengan muncul sebagai juara sebanyak lima kali iaitu pada 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016.

Sementara Malaysia muncul sebagai juara pada 2010 di bawah bimbingan bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal. – Malaysiapost