EMPAT Senator termasuk Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara hari ini, bagi menyambung khidmat Senator selama tiga tahun lagi.
Radzi dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua berkuat kuasa mulai 17 Julai lalu selepas tempoh pelantikan kali pertama tamat Jumaat lalu.

Tiga lagi individu dilantik Senator masing-masing dua daripada Bersatu dan seorang mewakili Gerakan, turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara hari ini.
Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim.
Dua daripadanya adalah lantikan semula, iaitu Datuk John Ambrose (Bersatu) dan Datuk Teo Eng Tee (Gerakan), manakala seorang lagi, Datuk Bobbey Ah Fang Suan (Bersatu), dilantik selepas dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.



Pelantikan John berkuat kuasa 16 Januari lalu, manakala lantikan Eng Tee bermula hari ini dan lantikan Bobbey berkuat kuasa 5 Januari lalu. – Malaysiapost

