Robert Pattinson positif Covid-19

0
3

PENGGAMBARAN filem “The Batman” dihentikan berikutan pelakon, Robert Pattinson di sahkan positif wabak Covid-19.

Warner Bros dalam satu kenyataan berkata, produksi filem tersebut terpaksa dihentikan sementara waktu berikutan terdapat salah seorang kru produksi dijangkiti Covid-19.

Namun begitu, syarikat itu tidak mendedahkan nama kru yang telah dijangkiti wabak tersebut.

“Penggambaran dihentikan buat sementara waktu,” katanya.

Pada masa yang sama, Hollywood Reporter melaporkan individu yang dijangkit Covid-19 dalam produksi penggambaran The Batman adalah bintang utamanya, Robert Pattinson.

Aktor Pattinson menonjol dengan siri karya Twilight membawa watak utama sebagai Edward Cullen, bergandingan dengan Kristen Stewart.

Sebelum ini, beberapa selebriti Hollywood termasuk Dwayne Johnson, Tom Hanks, Idris Alba dan Madonna turut dijangkiti virus Covid-19 setelah wabak tersebut menyerang seluruh dunia. – Malaysiapost