Bantu pemilik kereta, Menteri Sumber Manusia mahu beli durian tular RM500

0
2

Nurul Huda Abhar

SIAPA sangka bermula dengan video tular berkenaan durian kampung yang dijual berharga RM500 kerana jatuh tidak menyentuh tanah, seorang pemilik akaun Facebook dihubungi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan hari ini.

Perkongsian pemilik Facebook bernama Wan Mahussin Wan Zain yang memuat naik video memberitahu durian kampung itu berharga RM500 kerana jatuh tidak menyentuh tanah tetapi pada cermin belakang kenderaan miliknya sehingga pecah.

Wan Mahussin memberitahu tidak lama kemudian dia menerima panggilan daripada individu tidak dikenali mahu membeli durian berkenaan.

“Saya jawab yang saya dah makan dan tanya tuan daripada mana? Beliau jawab daripada kerajaan. Terkejut juga..bila disemak, rupa-rupanya YB Datuk Seri M Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia.

“Beliau minta nombor akaun dan sumbang untuk menampung kos… rezeki saya hari ini,” tulisnya dalam hantaran itu.

Dia turut memuat naik tangkap layar perbualannya menerusi aplikasi Whatsapp, di mana M Saravanan memberitahu wang disumbangkan itu untuk digunakan membaiki semula cermin kereta yang pecah dihempap durian.

“Tak apa, baik sahaja kereta kamu, masa orang tengah susah ini kita tolong sahaja mana yang kita boleh,” kata M Saravanan.

Rata-rata pengguna laman Facebook menyifatkan Wan Mahussin benar-benar mendapat ‘durian runtuh’ dengan apa yang berlaku hari ini.

Netizen juga memuji keprihatian Saravanan yang mengambil berat isu rakyat ketika ramai terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here