Warganet puji polis kendong warga emas pengsan, hantar ke rumah

0
2

TINDAKAN sepasukan anggota polis trafik menggendong seorang warga emas berusia 80 tahun yang pengsan di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini mendapat reaksi positif pengguna media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia, warga emas terbabit didukung selepas pengsan di Jalan Sungai Ujong dan dihantar balik ke rumahnya.

“Syabas dan terima kasih Sarjan Omar Mohd, Koperal Jamsari Sakirin, Lans Koperal Amir Hamzah Nasrudin dan Lans Koperal Akmal Hakim Apandi dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban atas keperihatinan anda terhadap masyarakat sekeliling,” tulis hantaran itu.

Perkongsian tersebut dibanjiri dengan komen-komen positif netizen yang menghargai pertolongan anggota polis trafik tersebut yang sanggup mendukung warga emas tersebut seperti ahli keluarga sendiri.

“Terbaik abang polis. Respect.”

“Tahniah pasukan polis Malaysia. PDRM berkhidmat untuk masyarakat.” – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here