Larangan rentas negeri: Bukan tak sayang ibu bapa di kampung – Ismail Sabri

0
2
pkp polis roadblock

LARANGAN pergerakan merentas negeri dan aktiviti kunjung mengunjung ketika Aidiladha kali ini bukan bermakna seseorang itu tidak menyayangi ibu bapa di kampung halaman.

Namun, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan ia adalah pilihan lebih bertanggungjawab untuk melindungi insan disayangi daripada dijangkiti Covid-19.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan kerajaan tidak membenarkan orang ramai merentas negeri khususnya menjelang Aidiladha bertujuan memastikan kes positif dari kluster komuniti dapat dibendung.

“Seluruh rakyat Malaysia dinasihat supaya mematuhi arahan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tidak merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung dan mereka yang ingkar mematuhi arahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here