Pesara jururawat rugi RM326,586 diperdaya taktik ‘Love Scam’

0
1

SEORANG pesara jururawat kerugian RM326,586 dipercayai diperdaya seorang individu yang mulanya disangkakan anak saudaranya berasal dari United Kingdom di Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata mangsa dikatakan berkenalan dengan suspek pada 1 Mac lalu melalui laman sosial itu, lapor Berita Harian

Beliau berkata, mangsa pada awalnya beranggapan pemilik akaun Facebook Lucas Cai adalah anak saudaranya sebelum menyedari tersilap orang dan mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai Lucas berasal dari United Kingdom dan bekerja sebagai ‘rig engineer’ di sebuah syarikat di Nortern Ireland (British Petroleum).

“Suspek meminta bantuan kononnya silinder pam rosak dan perlu ditukar baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Elias berkata, mangsa membuat empat transaksi secara berperingkat ke tiga akaun bank berbeza di kaunter sebuah bank di Alor Setar antara 18 Mac hingga 19 April lalu berjumlah RM326,586.

Beliau berkata, mangsa menggunakan simpanan hasil pendapatan selama 36 tahun bekerja dan wang insuran.

Katanya, mangsa menyedari ditipu selepas melihat laman web memaparkan dua individu ditipu dengan modus operandi yang sama sepertinya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis di Alor Setar semalam dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here