153 kematian baharu, paling tinggi setakat ini

0
2
Skuad Jenazah covid-19 mengangkat jenazah covid-19 ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

MALAYSIA merekodkan sebanyak 153 kematian akibat Covid-19 hari ini, tertinggi sejak virus tersebut melanda negara.

Jumlah itu mengatasi kadar direkodkan semalam yang mencatatkan 138 kematian

Berdasarkan infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah maut akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah 7,019 kematian.

Dalam perkongsian itu, KKM turut memaklumkan sebanyak 5,778 kes sembuh direkodkan hari ini menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 784,949.

Walaupun kes harian jangkitan menunjukkan penurunan, namun ia masih berada pada paras lima angka dengan 10,710 kes membabitkan 10,698 jangkitan tempatan manakala 12 kes import.

Malaysia kini merekodkan 916,561 kes dengan 124,593 daripadanya kes masih aktif.

Sementara itu, seramai 909 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 445 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here