100% populasi dewasa terima dos lengkap vaksin Oktober ini – PM

0
2
PUTRAJAYA, 29 Julai -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan khas mengenai pengumuman lanjutan moratorium dan bantuan bersasar di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata vaksinasi adalah kunci utama kejayaan negara dalam melawan Covid-19.

Sehubungan itu beliau menjelaskan kerajaan menempah lebih 76.1 juta dos vaksin iaitu 70 peratus Pfizer, 23.4 peratus Sinovac, 10 peratus Astrazaneca, 10.9 peratus CanSino dan 10 peratus lagi daripada fasiliti COVAX.

“Setakat ini kita telah terima 20 juta dos dari keseluruhan jumlah vaksin yang ditempah.

“Dijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 30 juta dos pada akhir bulan ini, 40 juta dos pada Ogos, 53 juta dos pada September dan 58 juta dos pada Oktober.

“Jadual asalnya, 80 peratus penduduk Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022. Sasaran ini kemudiannya dipercepatkan ke Disember 2021,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Muhyiddin berkata, kini dengan penemuan varian-varian baharu Covid-19 yang lebih ganas dan kes-kes positif meningkat mendadak, sasaran program vaksinasi dipercepatkan lagi.

Katanya, 100 peratus populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti.

“(Sebanyak) 100 peratus populasi dewasa di Sarawak akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada akhir Ogos.

“Hampir semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 50 peratus pada akhir Ogos 2021. Semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 70 peratus pada September 2021,” katanya.

Beliau berkata, 100 peratus populasi dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin pada Oktober 2021.

“Peningkatan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari. InsyaAllah. Kita terus istiqamah,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here