Kerajaan Kelantan pelik, rakyat dah lama hairan – Zahid

0
2
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat sudah lama berdepan dengan kehairanan dan kepelikan, daripada selepas Pilihan Raya Umum (PRU14) sehinggalah sekarang.

Beliau berkata demikian susulan laporan menyebut kerajaan Kelantan hairan bagaimana boleh berlaku peningkatan kenderaan ke negeri itu menjelang Aidiladha.

Ini kerana Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan rentas negeri tidak boleh kecuali kes kecemasan sahaja.

Mengulas mengenainya, Ahmad Zahid turut mempersoalkan bagaimana ramai boleh dapat kebenaran merentas negeri menjelang sambutan Aidiladha ini.

“Betul. Rakyat sudah lama berdepan dengan kehairanan dan kepelikan. Selepas PRU-14 sehinggalah sekarang. Perkara aneh dan ajaib seperti itu sudah kerap kali berlaku. Lain diumum kerajaan Pusat lain yang berlaku.

“Semoga rakyat terus bertabah menghadapi kehairanan dan kepelikan yang menyusahkan hidup mereka. Insya-Allah apabila tiba masanya nanti kita bersama-sama perbaiki keadaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Ahmad Zahid turut menasihatkan rakyat agar sentiasa mengamalkan pematuhan kendiri.

“Jangan ubah suai surat, tidak jujur ketika mohon kebenaran. Kelonggaran untuk kes kecemasan jangan disalah guna untuk tujuan lain.

“Kita masih belum menang dan harus mengelak daripada menambah buruk pandemik. Kita haruslah bertanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain terutama keluarga kita.

“Jangan kerana kedegilan segelintir daripada kita membuatkan orang lain merana apatah lagi jika mereka orang yang kita sayangi,” katanya lagi. – Malaysiapost

Sebelum ini Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata kerajaan negeri hairan dengan pertambahan masuk kenderaan ke negeri itu sejak beberapa hari lalu sedangkan kelulusan rentas negeri hanya melibatkan kes kecemasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here