Ziarah keluarga di kampung cetus Kluster di Kelantan, Selangor

0
3
dr noor hisham

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat satu kluster komuniti hari ini dikesan membabitkan kes indeks yang mempunyai sejarah pulang ke Kelantan dari Selangor awal bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan lampiran daripada kenyataan yang memaparkan Kluster Kampung Bujuk dikesan di Pasir Mas, Kelantan dan di Petaling, Selangor itu telah membabitkan kawasan perumahan di Kampung Bujuk Tok Uban, dekat Pasir Mas.

Menurut beliau, kes indeks bagi kluster itu dikesan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Julai lalu hasil saringan individu bergejala.

“Lelaki itu mula bergejala pada 1 Julai lalu, selain kes indeks juga mempunyai sejarah pulang ke Kelantan dari Selangor antara 2 Julai hingga 5 Julai untuk menziarahi keluarga,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan Kluster Bujuk adalah antara enam kluster komuniti yang dilaporkan hari ini dengan mencatatkan sebanyak 110 kes hari ini.

KKM turut melaporkan sebanyak 19 kluster tempat kerja (1,112 kes); dua kluster kumpulan berisiko (74 kes) dan satu kluster pendidikan (12 kes). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here